Isu Penangkapan Dr Asri oleh JAIS
Latar Belakang.
1. Bermula, semalam, mantan Mufti Perlis di tahan JAIS kerana berceramah tanpa tauliah di hadapan 100 orang di sebuah rumah di Hulu Kelang.
2. Dalam suratkhabar perdana semua melaporkan bahawa mantan Mufti itu ‘ditahan’, dan JAIS menjadi sasaran serangan semua pihak.
3. Ada YB mengatakan tindakan JAIS itu ‘no wisdom’. Di blog dan pelbagai media alternatif, tindakan JAIS itu disebut sebagai jumud.
4.SIS dan aktivis sosial seperti Marina Mahathir datang ke mahkamah esoknya, untuk menyatakan sokongan terhadap mantan Mufti itu.
Kait-mengait
1. Ada yang mengatakan tangkapan dibuat kerana JAIS atau pihak-pihak tertentu dalam JAIS tidak setuju dengan pegangan Wahabi yang dibawa oleh Dr Asri.
2. Ada pula yang mengatakan kes ini terjadi kerana tidak mahu Dr Asri diberikan jawatan Yang Dipertua YADIM, menggantikan Dato Nakhaie Ahmad yang habis tempoh.
3. Ada yang mengatakan tidak wajar mana-mana guru agama dihalang berceramah dan mengajar agama.
4. Ada pula kata tidak wajar orang yang berpendidikan tinggi seperti Dr Asri dihalang menyebarkan buah fikirannya. Dr Asri telah dipetik dalam Utusan sebagai berkata, lebih kurang bunyinya, ‘Mana logiknya orang yang mempunyai kelayakan yang lebih rendah menilai orang yang mempunyai kelayakan yang lebih tinggi.
5. Ada pula yang kata tidak patut dan tidak hormat namanya menahan bekas Mufti seperti itu.
Persoalan.
1. Kenapakah seorang bekas Mufti tidak mendapat tauliah mengajar agama di Selangor?
2. Adakah tidak wujud undang-undang serupa di negeri lain yang meminta supaya penceramah agama mendapatkan tauliah di negeri tempat ia mahu berceramah?
3. Adakah status Menteri, Dato, Mufti dan sebagainya itu menyebabkan seseorang itu berada ‘above the law’, tinggi dan lebih dari undang-undang sehingga boleh terlepas begitu sahaja?
4. Benarkah Dr Asri ditahan di lokap?
5. Benarkah isu ini sengaja diadakan sebagai serangan peribadi secara selektif terhadap ketokohan Dr Asri?
5. Mengapakah isu ‘tiada tauliah’ sepertimana mengikut undang-undang agama negeri yang sekian lama dipakai tidak dibesarkan, bahkan isu ditenggelami tuduhan kejumudan, kebobrokan, kebodohan dan ketidakadilan pihak JAIS?
Hakikatnya:
1. Utusan melaporkan Dr Asri sebagai berkata bahawa di balai polis beliau tidak diapa-apakan selain diminta keterangan peribadi sahaja dan dibenarkan pulang.
2. Dr Asri sendiri pernah melarang seorang pendakwah dari memberikan ceramah di Perlis : lihat http://majelisrasulullah.org/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=114
3. Sebagai seorang bekas Mufti, tidak logik Dr Asri tidak mengetahui bahawa beliau perlu mendapatkan tauliah itu. [Tuan Guru kami sendiri pernah diberi notis oleh Majlis Agama Islam Perak kerana mengajar tanpa tauliah, dan beliau menurut kehendak MAIPk supaya mendapatkannya. Dengan kata lain, no big deal! dan nobody is above the law.]
4. Mengikut JAIS, Dr Asri telah dipantau sekian lamanya. Ceramahnya telah berjalan begitu lama bertahun-tahun tanpa ada tindakan diambil. Tidak adillah jika Dr Asri dilepaskan begitu sahaja sedangkan penceramah lain menerima teguran JAIS.
5. JAIS juga menerangkan bahawa dalam beberapa bulan ini ia telah mengambil tindakan serupa kepada sekurang-kurang 10 penceramah lain, maka tindakan terhadap Dr Asri ini bukanlah tindakan selektif JAIS. Mengikut Pengarah JAIS, ini menjadi isu kerana kebetulan
a. yang ditangkap itu mempunyai profil.
b. disebut oleh media dan dibesar-besarkan.
6. JAIS menafikan bertindak atas sebab-sebab lain melainkan bahawa Dr Asri telah melanggar undang-undang agama negeri Selangor.
Jika difikirkan:
1. Salahkah JAIS bertindak mengikut prosedur dan amalan kebiasaan di negeri Selangor?
2. Mengapakah SIS contohnya bersikeras dalam isu ini, dan bersikeras menyatakan bahawa tiada hikmah, tiada keadilan sedang di kes-kes yang lain pula ia marahkan Jabatan Agama Islam Negeri yang dituduhnya lambat dan tidak bertindak. Contohnya, SIS selalu mengadu kes-kes di mahkamah Syari’ah sangat lambat sedangkan ia bukan tidak tahu bahawa kebanyakan kelambatan itu terjadi bukan kerana lambatnya Mahkamah Syariah tetapi kerana mereka yang terlibat tidak membawakan dokumen dan saksi-saksi yang lengkap, sedangkan di Mahkamah Syariah dokumen dan saksi yang adil lagi thiqah (kepercayaan) adalah penting.
3. Bagaimanakan Dr Asri boleh seolah-olah lupa bahawa ada undang-undang seperti ini (i.e. perlukan tauliah) sedangkan ia sendiri pernah melaksanakannya di Perlis. Ia tentu sudah tahu hikmahnya diadakan undang-undang ini (i.e. supaya memudahakan upaya pemantauan) dan harus tahu adab bertandang di negeri orang.
Kesimpulan peribadi saya:
1. Semua ini, i.e. keberadaan Dr Asri yang disokong pihak media perdana dan pertubuhan liberal seperti SIS dan aktivis sosial seperti Marina Mahathir, adalah menunjukkan kepada persamaan sikap diantara mereka dalam menghadapi musuh bersama.
2. ‘Musuh bersama’ ini adalah jabatan-jabatan agama Islam di negeri-negeri dan para alim-ulama yang konsisten menghadang tersebarnya pengaruh pemikiran mereka di Malaysia.
3. Memang isu ini sekali lagi berhasil menimbulkan kesangsian dan krisis kepercayaan terhadap Jabatan Agama Islam negeri-negeri, termasuk dari segi hikmah, dan konsep keadilan di kalangan rakyat, dan inilah objektif utama perkongsian semangat antara mereka.
4. Sehingga apabila krisis kepercayaan ini sudah merebak, maka rakyat akan dengan sendirinya mengakhirkan dan melenyapkan keberadaan institusi agama negeri-negeri sebagai punca rujukan. Keadaan ini saya namakan ‘authority lost’ bagi pihak institusi agama negeri.
5. Akhirnya semua pihak boleh bercakap dan membuat sesuka hati mereka.

Merujuk kpd bhg persoalan no.3 – Ya, tidak ada jawatan yg boleh berada above the law. Tetapi, hukum manusia (nak cakap ttg agama mesti apply tauliah) tidak boleh mengatasi/overwrite hak yg termaktub dlm hukum Islam, iaitu kewajipan manusia utk berdakwah. Selagi kandungan ceramahnya berpegang kpd sumber AlQuran dan Sunnah, semua manusia berhak dan tidak boleh dihalang utk berdakwah. Lainlah kalau isi kandungan ajarannya sesat dr akidah Islam, maka tindakan wajar diambil.
Merujuk kpd bhg persoalan no.5 – sebagai satu jabatan yg namanya ada perkataan Agama dan Islam, dan berkuasa dlm negeri, tindakan yg kita expect ialah mereka pinpoint apa isi kandungan ceramahnya yg bercanggah dgn AlQuran dan Sunnah kemudian betulkan, tangkapan adalah option terakhir. Contohnya dlm kes Dr Asri, senaraikan statement2 dari ceramah beliau yg bercanggah dgn Islam atau sesat. Kalau setakat nak tangkap2 saja, maka tak perlu pun ada jabatan AGAMA ISLAM. jabatan kerja raya pun boleh buat panggilan telefon utk tangkap org berceramah.
Merujuk kpd bhg Hakikatnya no.3 – hukum manusia walaupun dari jabatan agama sekalipun tidak boleh “above the law” yg termaktub dlm AlQuran yg menyuruh manusia supaya mengajak kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran. Semua org berhak utk berdakwah walaupun tanpa tauliah rekaan manusia. Melainkan terbukti ada unsur2 sesat maka jabatan agama bertanggungjawab utk menjelaskan dan membetulkan. Persoalannya, adakah saudara kita bernama Dr Asri ini bawa ajaran sesat? Padahal ceramahnya plg mudah didapati dan dicapai berbanding org2 agama yg lain.
Merujuk kpd Jika difikirkan no.3 – undang2 “ceramah perlu tauliah” ni relevan apabila penceramah menggunakan platform rasmi yg memerlukan pengesahan/endorsement dari jabatan agama. Tapi kalau penceramah bergerak sendiri, memberi ceramah di tempat tidak rasmi, maka jabatan agama hanya boleh ambil tindakan jika kandungan ceramahnya bercanggah atau sesat – pertama sekali kena beritahu dulu bhg mana yg sesat, tangkapan adalah option akhir. Persoalan sekali lagi, adakah ceramah Dr Asri sesat?
Merujuk kpd Kesimpulan peribadi no.1 – sebenarnya kalau nak diikutkan, sebahagian drpd penganut Islam di negara ni pun sudah hilang hope dgn ability jabatan2 agama dlm memberi imej Islam yg sebenar. Bkn sahaja Dr Asri, atau SIS atau mana2 badan NGO pun. Kalau golongan muda, golongan professional semakin jauh dari bicara agama, jabatan agama perlu kaji Islam apa yg mereka bawa smpi sukar mendapat perhatian masyarakat yg semakin berfikiran moden.
Merujuk kpd Kesimpulan peribadi no.5 – realiti sekarang, akhirnya berpusing2lah Islam itu pada sekelompok manusia sahaja yg menggelar diri mereka “alim ulama” – tidak berkembang, tidak menjadi satu sistem cara hidup. Semua pihak lain tidak boleh bercakap ttg Islam kerana tiada tauliah, termasuk Dr Asri.
Comment by con skaltsas — November 18, 2009 @ 8:34 am
Comment by Administrator — November 18, 2009 @ 12:13 pm