Sidi Afifi, News & Opinions, The Path & The FolksNovember 28, 2009 3:45 pm

Sidi Afifi al-Akiti is featured in the November issue of Emel magazine, which introduces him as a "... a man with many hats. When he dons his mortarboard he is the ever erudite Oxford scholar. Walking through the historic stone-walled city, he bears the positions of Fellow at the Oxford Centre for Islamic Studies, Lecturer in Islamic Studies at the Faculty of Theology – Oxford University’s oldest faculty – as well as holding a Lectureship in World Religions at Worcester College, University of Oxford, where he teaches both Islam and Christianity."

A brief outline of Sidi Afifi’s research for Ph.D, on a set of Imam al-Ghazali manuscripts collectively known as the Madnun, is available from al-Ghazali.org.

Thank you to the folks at Deenport for the head up.

Now, where is that Malay piece on Sidi Afifi?

Life, News & OpinionsNovember 27, 2009 11:54 am

Di sebuah network maya Indonesia yang saya menjadi ahlinya seseorang menulis:

Dahulu kala, 20-30 tahun yang lalu, bangsa kita masih melihat bangsa asing sebagai sesuatu yang tinggi. Lulusan universitas asing dianggap/menganggap dirinya manusia setengah dewa. Perusahaan-perusahaan asing dianggap lambang kemakmuran dan kesejahteraan.

Kini bisa jadi anggapan tersebut tidak terlalu berlaku lagi.

Superioritas kemakmuran?

Kini kemakmuran tidak identik dengan perusahaan asing/ lulusan universitas asing. Terlalu banyak contoh di negeri kita, manusia yang tidak lulusan universitas asing, bahkan banyak juga yang tidak menempuh pendidikan formal, dapat lebih makmur daripada yang lulusan universitas asing dan pekerja di perusahaan asing.

Yang terkenal contohnya : Aa Gym, KH. Zainuddin MZ., Yusuf Mansyur, Arifin Ilham, … dst … anggota DPR, anggota DPRD, … dst, … pengusaha2x otodidak yang sulit disebutkan satu persatu nama2x mereka.

Saya punya seorang paman; yang "cuma" lulusan STM. Tapi, kekayaan hartanya tidak kalah dengan seorang direktur perusahaan asing. (alhamdulillah beliau juga kaya hati)

Setiap ada acara keluarga, beliau selalu berpesan:

" … Gung, yang paling penting itu adalah `ilmu hidup`; ilmu kamu di kuliah itu paling cuma 5 persen berpengaruh di hidup kamu …"

Nasihatnya yang lain, disampaikan ketika kami olahraga pagi:

" … prinsip saya adalah membantu orang lain; kalau tidak bisa dengan uang, dengan tenaga. Kalau tidak bisa tenaga, dengan doa … "

Sulit mengatakan beliau sedang asal bunyi, mengingat beliau memang seorang yang sudah sangat berhasil dalam hal harta. (dan alhamdulillah juga kaya hati.)

Dan kita bersyukur, beberapa dekade terakhir ini manusia2x mulia seperti itu semakin banyak saja di negeri kita.

Superioritas keilmuan?

Selain masalah kemakmuran, lulusan universitas asing/ orang asing seolah juga identik dengan superioritas keilmuan. Sekali lagi, 20-30 tahun lalu, jika ada Ph.D dari universitas asing, identik dengan seseorang yang memiliki superioritas dibidang keilmuan.

Kini terlihat, hal itu sama sekali tidak menjamin.

Mari kita coba mulai dari kasus para sarjana yang dikirim ke universitas- universitas ternama dalam hal agama.

(Sebetulnya ini paradoks tersendiri : seseorang belajar agama kepada bukan ahli agama)

Ada seseorang (inisial : NM) belajar sampai Ph.D pemikiran Ibnu Taimiyyah, tapi dalam realitanya ia adalah penentang pemikiran Ibnu Taimiyyah. Begitu juga ada yang mempelajari Ikhwanul Muslimin (inisial : AR), tapi nilai2x Ikhwanul Muslimin gagal mengkristal dalam dirinya. Adapula yang belajar sejarah Indonesia untuk menjadi ahli sejarah Indonesia, tapi justru ketika pulang menjadi seseorang yang kelak mendistorsi sejarah Indonesia itu sendiri.

Justru, begitu banyak manusia2x mulia di negeri kita yang belajar Islam dan ilmu-ilmu sosial lain secara otodidak, akan tetapi menjadi ahli-ahli fiqh, politik islam, dan ahli sosial yang lebih fasih daripada mereka yang lama di luar negeri tapi pulang tidak lebih sebatas penyambung lidah para pemberi beasiswa.

Dalam hal sains juga serupa. Seorang Ph.D dalam hal fisika tidak menjamin ia memahami fisika. Ini dapat terlihat ketika begitu banyak Ph.D yang terkelabui dan bungkam seribu bahasa pada peristiwa runtuhnya 3 gedung WTC yang ditubruk oleh 2 pesawat di 11 September 2001.

Sementara para Ph.D bungkam seribu bahasa, begitu banyak mereka yang belajar fisika secara otodidak tetapi dapat memahami Hukum Fisika dibalik peristiwa 11 September 2001 tersebut.

————

Ironis memang, tidak sedikit para lulusan asing, tidak sedikit pula yang berasal dari universitas2x terbaik di dunia, yang justru tidak hanya membebani negara, tapi juga membebani keluarga. Pendidikan di luar negeri hanya mengajari yang bersangkutan untuk tinggi hati (baca:sombong) tanpa diikuti dengan harga diri yang meninggi. Semakin pintar menuntut, tapi semakin kikir untuk memberi.

Inilah ciri2x manusia yang berilmu tapi tidak berkah : bertambahnya ilmu tidak mengakibatkan kebaikan pada dirinya dan masyarakat.

News & OpinionsNovember 7, 2009 3:10 pm

1. Kita memahami bahawa ada pimpinan PAS pernah dihalang berceramah di beberapa negeri dengan menggunapakai orang-orang Jabatan Agama dan peruntukan yang mengkehendaki penceramah mendapatkan tauliah jabatan agama negeri atau permit pihak polis, dan kadang kala wujud unsur mala fide atau niat jahat disebalik tindakan itu.

2. Kita memahami bahawa PAS dan ahlinya berasakan tidak ada apa-apa yang salah dalam ceramah yang diadakan kerana meyakini bahawa yang hendak disampaikan adalah kebenaran.

3. Kita juga memahami bahawa dalam an ideal world di mana semua orang adalah baik, adil dan berkepercayaan maka tidak perlu diadakan undang-undang tauliah ini, dan kebebasan bersuara, bercakap, menulis dan bertindak diberikan secara mutlak, absolute, atau tidak bersyarat, atau unconditional.

Bagaimanapun kita berasa kecewa kerana:

1. PAS dan Harakahdaily tidak menunjukkan sangka baik terhadap pegawai dan institusi agama negeri Selangor apabila blog-blog pimpinan dan akhbar Harakahdaily menyiarkan kenyataan-kenyataan yang berunsurkan sangka buruk terhadap JAIS dalam kes ini.

2. Sangka buruk itu contohnya

a. mengatakan bahawa tindakan yang diambil JAIS ini tidak tepat, tidak professional, dan tidak berhikmah, samada dari segi prosedur mahupun bentuk tindakan yang diambil. Ini membelakangkan fakta bahawa

i. JAIS bertindak mengikut prosedur biasa sepertimana yang telah diambil keatas beberapa penceramah lain.

ii. JAIS telah menghantar notis meminta Dr Asri memohon tauliah.

iii. JAIS dan MAIS telah bermesyuarat sebelum memutuskan untuk bertindak setelah sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, dan setelah notis yang dihantar tidak mendapat tanda-tanda akan dilayan.

b. menyiarkan dalam laman sesawang, blog dan surat khabar kenyataan-kenyataan bahawa JAIS dikuasai oleh tangan ghaib yang disebut sebagai Barisan Nasional, walaupun ini cuma berasaskan kepada sangkaan dan telahan. Ini mengecewakan kerana sangkaan telah menjadi dalil berhujah, dan terdapat pembelakangan terhadap fakta yang berasas iaitu ketiadaan tauliah pihak pemberi ceramah dan pengambilan tindakan mengikut prosedur oleh pihak JAIS. Sepatutnya fokus diberikan kepada isu utama, bukan mengkesampingkan fokus kepada sesuatu yang boleh jadi benar atau salah.  

c. masih berhujah bahawa tindakan diambil kerana Dr Asri mengajar fahaman Wahabi. Seperti juga tuduhan bahawa terdapat tangan Barisan Nasional di belakang kes ini, sangkaan bahawa tindakan diambil kerana pertembungan ideologi ini telah juga menjadi dalil utama dan penghujahan pimpinan dan lidah rasmi PAS untuk menolak, secara bertulis, tindakan yang diambil pihak JAIS. Tumpuan yang diberikan kepada isu Wahabi ini tidak membantu perbahasan dalam isu tauliah ini ia berperanan sebagai is sampingan. Samalah seperti penyerongan isu yang terjadi oleh mereka yang menyokong tindakan diambil apabila mengungkit tentang ijazah Dr Asri.

Cadangan kita:

1. pimpinan PAS dan surat khabar Harakahdaily berfikir sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak ilmiah, tidak berpijak pada fakta, dan tidak professional, serta mengelakkan serkap jarang, bergosip, atau menampakkan perasaan dendam ‘to score back a point’ dengan ‘lawan’ atau mereka yang kelihatannya berlainan fikiran atau fikrah politik.

2. apabila sesuatu kes atau tindakan atau peruntukan undang-undang itu sudah sedia maklum dimaktubkan setelah melalui proses undang-undang atau prosedur yang biasa digunapakai seperti penggubalan melalui sidang dewan atau mesyuarat majlis atau institusi, maka PAS hendaklah menunjukkan rasa hormat terhadap mereka yang telah terlibat dalam penggubalan peruntukan tersebut lebih-lebih lagi apabila yang turut terlibat adalah tokoh-tokoh agama seperti para Mufti serta lambang kedaulatan negeri seperti Sultan.

3. apabila sesuatu kes itu telah menjadi kes mahkamah maka ikutilah dengan sabar dan saksama terhadap perjalanan kes tersebut terutamanya apabila telah berlaku proses yang tertib dan mengikut undang-undang. Kalau tidak, PAS akan dilihat cuba mencucuk hidung dan cuma menerimapakai sesuatu undang-undang bila sesuai dengan seleranya.

4. Sekiranya PAS, dalam menangani masalah perpecahan pemikiran dan perbezaan mazhab umat, mahu kelihatan seimbang maka hendaklah melaksanakannya dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak menunjukkan kecenderungan kepada sesuatu mazhab pemikiran itu. Jika tidak, maka tentukanlah sikap, once and for all, kerana hal ini akan berterusan dan akan sentiasa timbul menjadi isu lantaran tiada konsisten dalam reaksinya.

News & OpinionsNovember 5, 2009 3:02 am

Penahanan Dr. Asri bukan secara semberono – JAIS Oleh AZIAN AZIZ pengarang@utusan.com.my SHAH ALAM 3 Nov. – Penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kelmarin bukan dibuat secara semberono atau mengikut telunjuk mana-mana pihak. Sebaliknya Pengarah JAIS, Mohamed Khusrin Munawi menegaskan, tindakan itu diambil selepas Mohd. Asri berulang kali melanggar peraturan berkaitan aktiviti memberi ceramah agama di negeri ini. Menurutnya, Mohd. Asri tahu tentang peraturan tersebut tetapi terus melakukan kesalahan itu. “JAIS pernah menghantar pekeliling kepada semua mufti negeri termasuk Mohd. Asri yang memberitahu tentang keperluan mendapat kebenaran dan pentauliahan jabatan itu untuk membolehkan mereka menyampaikan kuliah di Selangor,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurutnya, Mohd. Asri kerap kali memberi kuliah agama tanpa tauliah termasuk di Hulu Klang yang dibuat hampir setiap bulan begitu juga di Masjid Seksyen 14, Petaling Jaya. “Ini bermakna beliau tidak menghormati peraturan yang telah ditetapkan di negeri ini,” ujarnya. Katanya, penahanan terhadap Mohd. Asri pada malam itu dibuat selepas mesyuarat JAIS dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dilakukan. Dalam pada itu, Mohamed Khusrin memberitahu, keputusan sama ada bekas Mufti Perlis tersebut bakal didakwa atau sebaliknya hanya akan diputuskan oleh Bahagian Pendakwaan JAIS sebelum penghujung bulan ini. Katanya, pada masa ini pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan kes Mohd. Asri yang ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam Selangor. “Sebaik sahaja kertas siasatan kes Mohd. Asri siap, kita akan serahkan kepada Bahagian Pendakwaan. Selepas itu terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan,” jelasnya. Mohd. Asri ditahan oleh pasukan penguat kuasa JAIS malam semalam kerana menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Klang. Turut hadir pada majlis kuliah itu ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib. Ditanya mengapa Mohd. Asri tidak didakwa semalam, Mohamed Khusrin berkata, bekas mufti itu ditahan bukan untuk didakwa tetapi bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadapnya kerana menyampaikan kuliah tanpa tauliah. “Macam polis menangkap penjenayah, kena dapat perintah reman dulu dan bila sudah siap kertas siasatan baru pendakwaan dibuat. “Cuma bezanya kita tidak dapatkan waran tahanan terhadap Mohd. Asri kerana kita telah bebaskan dia dengan bon jaminan JAIS,” jelasnya.

News & OpinionsNovember 3, 2009 2:51 pm

Latar Belakang.

1. Bermula, semalam, mantan Mufti Perlis di tahan JAIS kerana berceramah tanpa tauliah di hadapan 100 orang di sebuah rumah di Hulu Kelang.

2. Dalam suratkhabar perdana semua melaporkan bahawa mantan Mufti itu ‘ditahan’, dan JAIS menjadi sasaran serangan semua pihak.

3. Ada YB mengatakan tindakan JAIS itu ‘no wisdom’. Di blog dan pelbagai media alternatif, tindakan JAIS itu disebut sebagai jumud.

4.SIS dan aktivis sosial seperti Marina Mahathir datang ke mahkamah esoknya, untuk menyatakan sokongan terhadap mantan Mufti itu.

Kait-mengait

1. Ada yang mengatakan tangkapan dibuat kerana JAIS atau pihak-pihak tertentu dalam JAIS tidak setuju dengan pegangan Wahabi yang dibawa oleh Dr Asri.

2. Ada pula yang mengatakan kes ini terjadi kerana tidak mahu Dr Asri diberikan jawatan Yang Dipertua YADIM, menggantikan Dato Nakhaie Ahmad yang habis tempoh.

3. Ada yang mengatakan tidak wajar mana-mana guru agama dihalang berceramah dan mengajar agama.

4. Ada pula kata tidak wajar orang yang berpendidikan tinggi seperti Dr Asri dihalang menyebarkan buah fikirannya. Dr Asri telah dipetik dalam Utusan sebagai berkata, lebih kurang bunyinya, ‘Mana logiknya orang yang mempunyai kelayakan yang lebih rendah menilai orang yang mempunyai kelayakan yang lebih tinggi.

5. Ada pula yang kata tidak patut dan tidak hormat namanya menahan bekas Mufti seperti itu.

Persoalan.

1. Kenapakah seorang bekas Mufti tidak mendapat tauliah mengajar agama di Selangor?

2. Adakah tidak wujud undang-undang serupa di negeri lain yang meminta supaya penceramah agama mendapatkan tauliah di negeri tempat ia mahu berceramah?

3. Adakah status Menteri, Dato, Mufti dan sebagainya itu menyebabkan seseorang itu berada ‘above the law’, tinggi dan lebih dari undang-undang sehingga boleh terlepas begitu sahaja?

4. Benarkah Dr Asri ditahan di lokap?

5. Benarkah isu ini sengaja diadakan sebagai serangan peribadi secara selektif terhadap ketokohan Dr Asri?

5. Mengapakah isu ‘tiada tauliah’ sepertimana mengikut undang-undang agama negeri yang sekian lama dipakai tidak dibesarkan, bahkan isu ditenggelami tuduhan kejumudan, kebobrokan, kebodohan dan ketidakadilan pihak JAIS?

Hakikatnya:

1. Utusan melaporkan Dr Asri sebagai berkata bahawa di balai polis beliau tidak diapa-apakan selain diminta keterangan peribadi sahaja dan dibenarkan pulang.

2. Dr Asri sendiri pernah melarang seorang pendakwah dari memberikan ceramah di Perlis : lihat http://majelisrasulullah.org/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=114

3. Sebagai seorang bekas Mufti, tidak logik Dr Asri tidak mengetahui bahawa beliau perlu mendapatkan tauliah itu. [Tuan Guru kami sendiri pernah diberi notis oleh Majlis Agama Islam Perak kerana mengajar tanpa tauliah, dan beliau menurut kehendak MAIPk supaya mendapatkannya. Dengan kata lain, no big deal! dan nobody is above the law.]

4. Mengikut JAIS, Dr Asri telah dipantau sekian lamanya. Ceramahnya telah berjalan begitu lama bertahun-tahun tanpa ada tindakan diambil. Tidak adillah jika Dr Asri dilepaskan begitu sahaja sedangkan penceramah lain menerima teguran JAIS.

5.  JAIS juga menerangkan bahawa dalam beberapa bulan ini ia telah mengambil tindakan serupa kepada sekurang-kurang 10 penceramah lain, maka tindakan terhadap Dr Asri ini bukanlah tindakan selektif JAIS. Mengikut Pengarah JAIS, ini menjadi isu kerana kebetulan

a. yang ditangkap itu mempunyai profil.

b. disebut oleh media dan dibesar-besarkan.

6. JAIS menafikan bertindak atas sebab-sebab lain melainkan bahawa Dr Asri telah melanggar undang-undang agama negeri Selangor.

Jika difikirkan:

1. Salahkah JAIS bertindak mengikut prosedur dan amalan kebiasaan di negeri Selangor?

2. Mengapakah SIS contohnya bersikeras dalam isu ini, dan bersikeras menyatakan bahawa tiada hikmah, tiada keadilan sedang di kes-kes yang lain pula ia marahkan Jabatan Agama Islam Negeri yang dituduhnya lambat dan tidak bertindak. Contohnya, SIS selalu mengadu kes-kes di mahkamah Syari’ah sangat lambat sedangkan ia bukan tidak tahu bahawa kebanyakan kelambatan itu terjadi bukan kerana lambatnya Mahkamah Syariah tetapi kerana mereka yang terlibat tidak membawakan dokumen dan saksi-saksi yang lengkap, sedangkan di Mahkamah Syariah dokumen dan saksi yang adil lagi thiqah (kepercayaan) adalah penting.

3. Bagaimanakan Dr Asri boleh seolah-olah lupa bahawa ada undang-undang seperti ini (i.e. perlukan tauliah) sedangkan ia sendiri pernah melaksanakannya di Perlis. Ia tentu sudah tahu hikmahnya diadakan undang-undang ini (i.e. supaya memudahakan upaya pemantauan) dan harus tahu adab bertandang di negeri orang.

Kesimpulan peribadi saya:

1. Semua ini, i.e. keberadaan Dr Asri yang disokong pihak media perdana dan pertubuhan liberal seperti SIS dan aktivis sosial seperti Marina Mahathir, adalah menunjukkan kepada persamaan sikap diantara mereka dalam menghadapi musuh bersama.

2. ‘Musuh bersama’ ini adalah jabatan-jabatan agama Islam di negeri-negeri dan para alim-ulama yang konsisten menghadang tersebarnya pengaruh pemikiran mereka di Malaysia.

3. Memang isu ini sekali lagi berhasil menimbulkan kesangsian dan krisis kepercayaan terhadap Jabatan Agama Islam negeri-negeri, termasuk dari segi hikmah, dan konsep keadilan di kalangan rakyat, dan inilah objektif utama perkongsian semangat antara mereka.

4. Sehingga apabila krisis kepercayaan ini sudah merebak, maka rakyat akan dengan sendirinya mengakhirkan dan melenyapkan keberadaan institusi agama negeri-negeri sebagai punca rujukan. Keadaan ini saya namakan ‘authority lost’ bagi pihak institusi agama negeri.

5. Akhirnya semua pihak boleh bercakap dan membuat sesuka hati mereka.