Tariqah Samaniyah: A short explanation

<mso]> <
—[if gte mso 9]>
—[if gte mso 9]>
—[endif]—>On 2nd of September, the Malaysian tabloid, Kosmo, reported the existence of a tariqah group in Kampung Damai, Kuantan which purportedly practised Tariqah Samaniah. However, the practise run in direct contrast to many Islamic rules, for example, its followers are absolve from the obligation to pray.
The report is very much welcome to warn people of deviant groups, however they also need to run parallel article to explain and help people understand Tariqah Samaniyah, whose name has been tarnished by the existence of several deviant groups that exist even during the time of the Great Master, Syeikh Imaduddin Muhammad Saman.
In today’s Kosmo (5th Dec), the paper runs an article which I have pasted below. It is accompanied by a picture of Pak Teh, one of the tariqah’s current leaders. Except from a quote of Pak Teh assuring people of the uprightness of Syeikh Muhammad Saman and the tariqah, there is not much information that could be gleaned from it to better picture the tariqah. But, at least, this is better than nothing:
"PENGKALAN HULU - Jemaah Tarikat Samaniah tidak mengajar pengikutnya menghalalkan solat batin atau meninggalkan sembahyang lima waktu.
Menurut Penaung Jemaah Tarikat Samaniah, Datuk Abdul Latif Abdul Rahman, amalan yang diperturunkan oleh pengasas tarikat tersebut, Allahyarham Muhammad Saman Kati tidak pernah mengandungi unsur sedemikian.

"Tarikat Samaniah mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri Perak selain ia pernah dibentang dan dibincangkan pada Seminar Tasauf Islam anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di Kuala Lumpur pada 1985 lalu.
"Malahan apa yang saya amalkan selama ini tidak pernah menyentuh soal menghalalkan solat batin dan tidak pula mengamalkan apa-apa ajaran lain yang menyalahi hukum Syarak," jelas beliau ketika ditemui Kosmo! di kompleks Pondok Pak Teh yang diasaskannya di Kampung Kuak Hulu di sini semalam.
Beliau menjelaskan kekeliruan yang timbul dalam keterangan gambar yang disiarkan Kosmo! pada 2 September lalu yang menyatakan pengikut tarikat tersebut menghalalkan solat batin.
Beliau yang juga ahli Majlis Fatwa Negeri Perak memberitahu, sepanjang hayatnya, Muhammad Saman sering memperingat dan menekankan kepada pengamal tarikat tersebut mengenai kepentingan ilmu-ilmu tauhid dan fikah.
"Tujuan tarikat ialah membolehkan pengamalnya memperingati Allah pada setiap masa dan bukannya memperoleh kedudukan, pangkat atau selainnya sama ada di dunia atau di akhirat,’’ katanya.
Namun beliau tidak menolak kemungkinan ada pengamal yang tidak memahami sepenuhnya ilmu tarikat Samaniah dan terpesong.
Sebagai penaung, beliau sentiasa memantau pusat utama ajaran tarikat Samaniah iaitu di Madrasah Islamiah, Batu 4 1/2, Kampung Pasir, Kamunting kira-kira 120 kilometer dari sini.
"Meskipun saya jarang ke sana, saya akan terus ikut perkembangan ahli kerana tidak mahu ajaran ini disalah tafsir,’’ katanya."















